Tuesday, March 29, 2011

Aktiviti Sepanjang Tahun 2010

 Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera..
Lama betul blog ni terbengkalai tanpa entry-entry terbaru.

Penat berjalan di Kota Melaka,
Sambil berjalan, berkata-kata,
Tolonglah jangan bermasam muka,
Sepuluh jari disusun maaf dipinta.. (",)

Di sini kami kongsikan aktiviti-aktiviti yang diadakan sepanjang tahun 2010. Tahun 2011 punya akan di update dari masa ke masa.... Tunggu yekkk...

Lawatan “Benchmarking” 5S






Tempat : Pejabat Bendahari, Universiti Teknologi Malaysia Skudai.
Tarikh : 6 Januari 2010

 

Lawatan Kerja “Benchmarking”




Tempat : Pejabat Bendahari, UiTM Samarahan, Sarawak
Tarikh : 3 - 6 Jun 2010

Taklimat Perolehan Pembelian Terus

Tempat : Dewan Besar, UiTM Kampus Johor Bahru
Tarikh : 24 Ogos 2010

Taklimat ini bertujuan memberi maklumat berkaitan prosedur-prosedur perolehan dengan lebih jelas kepada
semua staf agar mereka dapat memahami dengan jelas dan tepat bagaimana untuk membuat sebarang pembelian. Taklimat ini telah diberikan oleh Penolong Bendahari, Tuan Haji Zakaria Ghazali dan dihadiri oleh semua ketua bahagian dan staf UiTM Kampus Johor Bahru.

Proses Mengundi Kerja-kerja Undian dan Giliran


Tempat : Dewan Besar, UiTM Kampus Johor Bahru
Tarikh : 29 September 2010
Tujuan: Memudahkan perlaksanaan kerja-kerja bernilai kurang dari RM 200,000.00 kepada kontraktor- kontraktor yang telah berdaftar.

Family Day




 
Tempat : Kuala Terengganu
Tarikh : 12 - 14 November 2010

Lawatan Kerja “Benchmarking”

Tempat : Pejabat Bendahari, UiTM Chendering, Kuala Terengganu
Tarikh : 15 November 2010


Wednesday, February 16, 2011

Sekapur Sirih... Seulas Pinang..

Tuan Haji Zakaria Ghazali - Penolong Bendahari
Assalamualaikum

Salam…1 Bendahari di bawah naungan 1 UiTM dan laungan keramat 1 Malaysia.
Pemula bicara, ucapan setinggi-tinggi tahniah di atas  kejayaan  staf Pejabat Bendahari UiTMJB dalam menyiapkan sebuah ‘blog’ bagi Pejabat Bendahari UiTMJB. Ini telah  memperlihatkan satu anjakan paradigma  yang jelas dengan komitmen jati seperti yang ditunjukkan oleh setiap staf yang bertugas di sini. Disamping beberapa kejayaan yang telah dicapai dalam pelaksanaan tugas harian, ‘blog’ ini  adalah salah satu cabang kejayaan yang bakal menyingkap segenap aktiviti yang telah, akan dan sedang berjalan di Pejabat Bendahari UiTMJB.
Dengan kekuatan staf seramai 7 orang yang berdiri di atas  sifat kekeluargaan yang berpaksikan keikhlasan hati menjadi pemangkin kejayaan bagi Pejabat Bendahari. Semoga, apa jua informasi yang telah dititipkan di segenap sudut dalam blog ini, akan memberikan informasi yang berguna buat semua.
Juraian daun nan di pohon, diiringi doa dan ampun, buat titipan kita bersama, agar kejayaan teriring selamanya.
Wassalam…