Wednesday, February 16, 2011

Sekapur Sirih... Seulas Pinang..

Tuan Haji Zakaria Ghazali - Penolong Bendahari
Assalamualaikum

Salam…1 Bendahari di bawah naungan 1 UiTM dan laungan keramat 1 Malaysia.
Pemula bicara, ucapan setinggi-tinggi tahniah di atas  kejayaan  staf Pejabat Bendahari UiTMJB dalam menyiapkan sebuah ‘blog’ bagi Pejabat Bendahari UiTMJB. Ini telah  memperlihatkan satu anjakan paradigma  yang jelas dengan komitmen jati seperti yang ditunjukkan oleh setiap staf yang bertugas di sini. Disamping beberapa kejayaan yang telah dicapai dalam pelaksanaan tugas harian, ‘blog’ ini  adalah salah satu cabang kejayaan yang bakal menyingkap segenap aktiviti yang telah, akan dan sedang berjalan di Pejabat Bendahari UiTMJB.
Dengan kekuatan staf seramai 7 orang yang berdiri di atas  sifat kekeluargaan yang berpaksikan keikhlasan hati menjadi pemangkin kejayaan bagi Pejabat Bendahari. Semoga, apa jua informasi yang telah dititipkan di segenap sudut dalam blog ini, akan memberikan informasi yang berguna buat semua.
Juraian daun nan di pohon, diiringi doa dan ampun, buat titipan kita bersama, agar kejayaan teriring selamanya.
Wassalam…